ERASMUS+ VS ISEM : PERKONGSIAN A - Z (EDITED 2017)



Salam kepada semua pembaca. Ramai yang bertanya pada Atin tentang langkah-langkah untuk apply ISEM/ERASMUS+. Pada entri kali ini, Atin ingin berkongsi dengan anda semua dari A-Z tentang ISEM dan ERASMUS+. Entri kali ini agak panjang berbanding entri sebelumnya. Atin harap entri ini dapat membantu pelajar UNIKL khususnya. Atin akan terangkan langkah-langkah yang anda semua perlu tahu sekiranya ingin merebut peluang program pertukaran pelajar ini. Atin akan cuba sehabis baik untuk menulis entri ini. Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang ingin diajukan, anda boleh ajukan soalan di ruangan komen ataupun boleh tanya Atin secara personally di FB. Kepada yang betul-betul berminat untuk apply ISEM/ERASMUS+, Atin harap anda dapat membaca entri ini sehingga habis ya. Terima kasih :)

INSPIRASI DARIPADA SENIORS



Program ISEM merupakan salah satu 'wish list' Atin sejak semester pertama berada di UNIKL Business School. Ramai juga dalam kalangan seniors UNIKL Business School yang dapat peluang belajar ke negara Eropah seperti Germany, Spain, dan France. Mungkin ramai yang berfikir, belajar di universiti tidak perlu pointer yang tinggi-tinggi barangkali. Program ISEM inilah antara inspirasi Atin untuk mengekalkan pointer di UNIKL Business School selain mengikuti aktiviti-aktiviti kampus. Siapa yang tidak teringin untuk merasa peluang belajar di Eropah. Atin berasal daripada keluarga yang biasa-biasa sahaja tetapi parents Atin sangat menitikberatkan soal pendidikan.

Seorang rakan Atin dapat merasa peluang belajar di Portugal di bawah program AREAS+ selama 10 bulan. Atiqah Sayuti, pelajar jurusan Islamic Finance, merupakan salah seorang rakan yang mendapat peluang AREAS+ itu. Dia memberi inspirasi untuk Atin cuba memohon ISEM/ERASMUS+. Tuhan hadirkan insan-insan yang cukup positif dalam hidup Atin. Syukur alhamdulillah. Dengan berkat-Nya, Atin dapat peluang belajar di Kozminski University, Poland untuk 1 semester. Oleh itu, Atin berharap sangat perkongsian ini dapat membantu juniors atau sesiapa sahaja yang ingin memohon ISEM/ERASMUS+ pada masa akan datang.

SEBAB-SEBAB UNTUK MEMOHON ISEM/ERASMUS+

1. Ganjaran untuk diri sendiri


2. Travel


3. Inspirasi hidup

LANGKAH 1 : SEBELUM APLIKASI ISEM/ERASMUS+ DIBUKA
Sebelum aplikasi ISEM/ERASMUS+ dibuka, anda perlulah LIKE official page UNIKL International Office ataupun dikenali sebagai UIO. Kalau anda tidak LIKE page tersebut, anda mungkin akan terlepas pandang informasi yang penting dari UIO sendiri.


Selepas itu, UIO akan mengemaskini informasi di page tersebut. Anda semua haruslah alert dengan pengumuman yang akan dilakukan oleh UIO. Kepada yang ingin memohon untuk September Mobility, selalunya aplikasi akan dibuka pada bulan March hingga awal April. Apa-apa pun sebarang info terkini bergantung kepada UIO. Mohon alert dengan tarikh due date untuk hantar segala dokumen yang diperlukan ya.

APA ITU ERASMUS+?
ERASMUS+ bermaksud European Region Action Scheme for the Mobility of University Students.

Syarat memohon:
Bergantung kepada Host University. Selalunya syarat memohon adalah CGPA 3.00 dan ke atas.

APA ITU ISEM?
ISEM bermaksud International Student Exchange Mobility program.

ISEM merangkumi dua kategori iaitu self-sponsored dan MARA. Kalau dulu pelajar yang mempunyai CGPA 3.50 dan ke atas sahaja yang boleh memohon, sekarang MARA telah menaikkan syarat kepada CGPA 3.75 dan ke atas untuk memperoleh tajaan penuh MARA sepanjang program pertukaran pelajar berlangsung.

Syarat memohon:
1. Pelajar UNIKL - Hanya untuk pelajar semester 5 dan ke atas.

CARA MENGETAHUI ANDA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK MEMOHON

SITUASI 1:
PELAJAR ASASI/MATRIKULASI/STPM

SEM 1 : SEPT 14
SEM 2 : JAN 15
SEM 3 : JUN 15 (SHORT SEM)
SEM 4:  SEPT 15
SEM 5 : JAN 16 - ANDA MEMOHON ISEM UNTUK SEPTEMBER MOBILITY 2016

[ANDA LAYAK MEMOHON] 

SITUASI 2:
PELAJAR DIPLOMA

SEM 3 : SEPT 15
SEM 4 : JAN 16
SEM 5 : JUN 16 (SHORT SEM)
SEM 6 : SEPT 16 - ANDA MEMOHON ISEM UNTUK JANUARY MOBILITY 2017

[ANDA LAYAK MEMOHON]

2. CGPA 3.75 dan ke atas (Untuk dapat full sponsorship by MARA)
3. CGPA 3.00 dan ke atas (Untuk self-sponsored)


LANGKAH 2: SEMASA MEMOHON APLIKASI ISEM/ERASMUS+

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG WAJIB ANDA LAKUKAN UNTUK APPLY ISEM/ERASMUS+?

1. Mohon download borang di page FB UIO atau website rasmi UNIKL.

2. Semak bahagian Document Checklist :
Anda hendaklah menghantar Curriculum Vitae (CV), Motivation Letter, Semester Result Slips (all semesters), keputusan IELTS/TOEFL/MUET (sekiranya ada) dan Learning Agreement (for full semester exchange) ke UIO. Copy of passport juga diperlukan. Pastikan anda tampal gambar berukuran pasport di bahagian atas kanan borang.

3. Mohon transkrip di bahagian Admin
Transkrip semester result hendaklah direquest terlebih dahulu kerana ia akan mengambil masa selama 3 hari sebelum boleh diambil. Jangan lengah-lengahkan langkah ini. Lebih cepat lebih bagus.

4. Menyediakan Curriculum Vitae
Anda disarankan untuk menulis CV sebanyak 2-3 muka surat sahaja. Buat CV secara ringkas dan menggunakan font yang sesuai.

5. Menulis Motivation Letter
Pelbagai format untuk menulis Motivation Letter yang baik sedia ada di internet. Cara yang paling mudah adalah dengan melihat contoh-contoh Motivation Letter yang bagus dari segi bahasa dan mengubahsuai struktur surat tersebut. Please don't copy and paste exactly from the internet. Bila anda copy dan paste dari internet, hal demikian menampakkan anda merupakan seorang individu yang sangat pemalas. Buat motivation letter tersebut nampak unik dan lebih original. Sertakan sekali sebab anda ingin mendapat peluang belajar di universiti berkenaan dan sebab mengapa universiti berkenaan harus memilih anda sebagai pelajar pertukaran di universiti mereka.

6. Learning Agreement
Learning Agreement hanya akan menjadi satu isu besar kepada student exchange bukan kepada pelajar internship. Jadi, sesiapa yang ingin memohon ISEM/ERASMUS+ untuk internship, anda tidak perlu risau sangat.

Sebagai pelajar exchange biasa, Learning Agreement ini selalu buat Atin keliru. Atin tak tahu nak rujuk pada siapa pada awalnya. Atin pada asalnya memohon ISEM (IE University, Spain) dan ERASMUS+ (UPC, Barcelona). Oleh itu, secara terang-terangan subjek yang ditawarkan di kedua-dua universiti tersebut sedikit berbeza. IE University lebih banyak menawarkan subjek yang berkaitan dengan Management and Entrepreneurship berbanding UPC.

Apabila Atin mendapat tawaran untuk ERASMUS+ Poland, Learning Agreement sebelum ini tidak sama lagi. Atin perlu mengubah Learning Agreement tersebut berdasarkan subjek yang ada di Kozminski University. Subjek yang Atin pilih mestilah lebih kurang sama sekiranya Atin ingin transfer grade bagi subjek yang telah didaftarkan. Memandangkan Atin ade lagi 8 subjek, Atin membuat keputusan untuk mengambil 4 subjek dan 1 subjek bahasa Polish di Kozminski University. Semester Januari 2017 akan menjadi sem terakhir Atin di UNIKL Business School sebelum memulakan internship pada Jun tahun hadapan.

7. Print Study Planner
Untuk dokumen yang perlu dihantar kepada UIO, anda dinasihatkan untuk print out study planner anda. Pastikan anda print out dan minta cop serta tandatangan Head of Department jurusan masing-masing.

8. Recommendations
Apa yang Atin boleh sarankan ialah anda hendaklah memberitahu HOD, Timbalan Dekan/Dekan dan ISEM Coordinator kampus terlebih dahulu bahawa anda perlukan recommendations daripada mereka. Jangan lupa untuk meminta mereka cop serta sign di bahagian ruang yang disediakan di dalam borang tersebut. Selalunya, mereka akan bertanya kenapa anda ingin memohon dan universiti mana yang dipilih. Selain itu, pastikan ISEM Coordinator anda menyemak semula semua dokumen yang diperlukan: motivation letter, CV dan dokumen yang berkaitan.

9. Semak semula
Semak semula dokumen yang perlu dihantar kepada UIO bagi mengatasi masalah dokumen tidak lengkap dan sebagainya. Pastikan semua details yang diperlukan ditulis secara jelas dan betul. Pastikan juga anda tampal gambar berukuran pasport anda di belah atas kanan borang.

10. Hantar dokumen kepada UIO
Selepas semua dokumen yang diperlukan sudah lengkap, anda hendaklah menghantar permohonan tersebut kepada UIO (UNIKL City Campus : MIIT, Tingkat 23).

LANGKAH 3 : SELEPAS PERMOHONAN ISEM/ERASMUS+

Langkah seterusnya ialah anda hendaklah menunggu dengan penuh sabar. Sekiranya anda berjaya dicalonkan untuk program ISEM/ERASMUS+, pihak UIO akan melakukan Phone Interview dengan anda. Anda akan mendapat panggilan daripada UIO tentang pencalonan tersebut.

Berdasarkan pengalaman Atin sendiri, keputusan akhir ERASMUS+ Poland diketahui apabila Host University mengumumkan Atin dapat menempatkan diri di Kozminski University melalui email.


PERSOALAN TENTANG ISEM/ERASMUS+

1.Borang yang digunakan untuk ISEM sama atau tidak dengan borang ERASMUS+?

Borang yang digunakan adalah sama. Maksudnya anda perlu menghantar dua aplikasi berbeza menggunakan format borang yang sama.

2.Adakah anda perlu memperbaharui pasport sebelum mendapat keputusan akhir ISEM/ERASMUS+?

Sebaiknya anda memperbaharui pasport setelah mendapat tahu keputusan akhir.

3.ISEM/ERASMUS+ sesuai untuk pelajar internship atau exchange program?

Ramai yang menyatakan program ISEM/ERASMUS+ lagi sesuai untuk mereka yang ingin melakukan internship di luar negara. Berdasarkan apa yang Atin faham, pelajar internship ISEM hendaklah mengambil beberapa subjek sebagai salah satu syarat walaupun mereka sudah menyelesaikan semua subjek di UNIKL sebelum berinternship. Mungkin ramai yang agak pelik kenapa pelajar kena ambil subjek lagi padahal sudah menyelesaikan semua subjek bukan?

Anggaplah peluang tersebut sebagai salah satu sumber ilmu untuk anda mendapat ilmu yang baru yang mungkin tidak ditawarkan di UNIKL. Bagi Atin sendiri, Atin tidak akan dapat peluang ISEM/ERASMUS+ sekiranya Atin apply untuk internship placement kerana internship Atin hanya akan bermula pada sem jun 2017. Selalunya, ERASMUS+ hanya untuk pengambilan September Mobility (Fall Semester). Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada anda sama ada internship atau exchange program lebih sesuai.

4. Apa beza ERASMUS+ dan ISEM?

Bezanya dari segi tajaan. ERASMUS+ mendapat tajaan penuh dari European Union (EU) manakala ISEM pula ditaja sendiri (self-sponsored) ataupun fully sponsored by MARA. Kedua-duanya adalah untuk program pertukaran pelajar.

5. Apakah minimum ECTS yang diperlukan untuk learning agreement?

14 ECTS dan ke atas. Lebih kurang 5 subjek.

6. Adakah pelajar selain daripada course BBA Management & Entrepreneurship boleh memohon ISEM/ERASMUS?

Boleh. Secara jujurnya, pelajar BBA Management & Entrepreneurship paling beruntung daripada course lain kerana kebanyakan subjek yang ada di UNIKL Business School ada juga di universiti luar negara. Selalunya tiada masalah sangat untuk pelajar BBA ME.

Berdasarkan pengalaman Atin sendiri, Atin apply ISEM (IE University, Spain) dan ERASMUS+ (UPC, Barcelona). Nampak sangatlah kan nak pergi Spain tapi rezeki Atin di tempat lain. Poland pun best jugak! Hee. UPC tidak pilih langsung pelajar dari UNIKL Business School kerana mereka memilih pelajar jurusan engineering kebanyakannya.

Untuk pelajar course lain seperti Islamic Finance, pastikan subjek general masih available. Islamic subjects mungkin jarang ditawarkan di universiti luar negara. Apa-apa pun sebelum memilih universiti mana yang anda inginkan, pastikan anda melakukan sedikit research supaya anda tahu subjek apa yang available untuk semester mobility anda. Contohnya, anda apply untuk Fall Semester (September Mobility), pastikan anda semak subjek-subjek yang available untuk Fall Semester sebab selalunya subjek yang ditawarkan pada Fall Semester tidak akan sama dengan subjek Spring Semester (January Mobility).

Sekiranya anda rasa susahnya nak pergi exchange ini disebabkan subjek-subjek yang ditawarkan mungkin tidak related langsung dengan course anda, Atin cadangkan anda untuk apply ISEM/ERASMUS+ for internship placement. Sesiapa yang pergi untuk internship placement tak payah susah payah nak fikir pasal subjek yang berkait. Untuk pelajar yang mempunyai masalah untuk memilih subjek, anda boleh refer kepada HOD course anda atau ISEM Coordinator bagi kampus masing-masing.

Atin sarankan kepada yang ingin merasa belajar ke luar negara, anda boleh mencuba nasib melalui ISEM/ERASMUS+ ini. Mungkin ramai yang nampak betapa seronoknya Atin dapat peluang ERASMUS+ ini. Atin sangat gembira kerana Atin seseorang yang willing to put my best effort to achieve my dream. Alhamdulillah. Memang bukan senang untuk dapat peluang ini kerana Atin telah melalui pelbagai dugaan dan ada suatu ketika Atin rasa hendak give up but at the end of the day, I finally made it. 

INFORMASI TAMBAHAN (TERBARU) - EDISI 2017
Informasi tambahan ini Atin sertakan sekali berdasarkan sesi Q&A di Unikl City Campus baru-baru ini.

1. ISEM (FULL SPONSORSHIP BY MARA)
Syarat untuk mendapatkan tajaan penuh oleh MARA:
CGPA 3.75 dan ke atas ATAU CGPA 3.50 dan aktif ko-kurikulum

Kaedah Topup-Loan:
Contoh yang paling mudah Atin boleh berikan ialah:

Anda memilih untuk pergi ke universiti di sekitar Eropah (France/Belgium/Italy/etc). Kos keseluruhan termasuk tiket penerbangan, elaun bulanan, insurans, visa akan diberikan secara lump sum oleh pihak MARA sebelum anda terbang ke luar negara.

CONTOH : RM 50,000 diperuntukkan sepanjang satu semester menjalani program pertukaran - termasuk elaun, tiket penerbangan, insurans, visa.

RM50,000 ini akan dimasukkan ke dalam pinjaman MARA anda yang sedia ada. Jadi, jumlah bayaran balik akan bertambah sedikit tetapi MASIH WORTH IT. Kenapa Atin cakap masih WORTH IT? Anda tidak perlu membayar semula RM50,000 yang anda telah pakai itu. Hanya bayar 15% daripada keseluruhan jumlah pinjaman kalau tidak silap. Elaun yang diberikan oleh MARA ternyata lebih banyak dari elaun ERASMUS+.

Memandangkan ekonomi negara yang kurang stabil, matawang Malaysia agak rendah. Tajaan penuh MARA di atas sememangnya berbaloi. Kepada yang ingin memohon ISEM dan ingin mendapatkan tajaan penuh MARA, pastikan anda kekalkan CGPA anda itu.

2. ISEM (SELF-SPONSORSHIP)
Sebelum ini, sekiranya anda berminat untuk join ISEM (self sponsored), MARA akan taja kos return flight ticket, visa dan travel insurance.

Perubahan yang terkini:
MARA tidak akan memberikan sebarang funding untuk flight ticket, visa dan insurans. Maksudnya? Segala kos hendaklah menggunakan duit anda SENDIRI.

Requirement untuk self sponsored : CGPA 2.25
Yuran sepanjang 1 semester di Host University TIDAK PERLU dibayar (waived)

3. ELAUN UNIVERSITI
Sekiranya pelajar tidak dapat tajaan MARA, anda boleh cuba bertanya pihak host university sekiranya mereka ada menyediakan elaun untuk pelajar program pertukaran atau ada alternatif lain berkait dengan financial funding. Belum cuba belum tahu. Ini homework anda. Tanya kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan kepastian.

4. UIO - MENGGALAKKAN PELAJAR MEMOHON ISEM UNTUK INTERNSHIP
UIO menggalakkan pelajar memohon ISEM untuk internship BUKAN exchange program biasa macam yang Atin lalui sebelum ini.

Exchange program - bukan semudah yang disangka, lagi-lagi jika kita mengambil subjek yang agak susah sepanjang berada di sana. Memandangkan exchange program biasa akan melalui proses 'transfer grade' (setelah habis program pertukaran), ternyata prosesnya sedikit rumit. Atin masih menunggu keputusan rasmi untuk keputusan peperiksaan akhir (isu transfer grade). InshaaAllah Atin akan kongsikan dengan anda semua berkaitan dengan keputusan peperiksaan semester di Kozminski University pada entri akan datang.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA


Terima kasih kepada Doclan, Dr. Farid, Madam Azizan dan Dr. Azu (Advisors Management & Entrepreneurship Association), Advisor Atin - Dr. Zulkifli Saidun, pensyarah-pensyarah UNIKL Business School yang pernah mengajar Atin (Terima kasih di atas semua ilmu yang dicurahkan), Kak Azna (bahagian Admin UBIS), kawan-kawan Atin yang Atin kenal dari sem 1 sampailah sekarang (Korang memang supportive. Thank you so much for always be there for me), parents (Terima kasih kerana percaya Kakak boleh lakukan yang terbaik) dan family Atin.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Sufi UIO kerana banyak guide dan tolong Atin dari awal apply ISEM/ERASMUS+ sehingga kini. You're awesome Encik Sufi! Terima kasih juga kepada UIO di atas pencalonan nama Atin untuk program ERASMUS+.

Pada tahun ini, lebih ramai pelajar yang mendapat peluang belajar di Eropah di bawah program ERASMUS+. 15 orang pelajar seluruh UNIKL telah terpilih. 

4 daripada 15 orang tersebut adalah daripada UNIKL Business School:

2 pelajar BBA Management & Entrepreneurship (Atin & Adele)
2 pelajar PhD (Kak Niza & Malik)


Kepada pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar Atin, terima kasih sangat-sangat kerana mereka inilah antara inspirasi Atin untuk pergi lebih jauh.

Doakan yang terbaik untuk kami dan Atin harap entri ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua bahawa tiada yang mustahil dalam hidup ini. Percaya dan berusaha. InshaaAllah Tuhan akan berikan yang terbaik untuk kita. Dugaan yang hadir dalam hidup akan menjadikan kita lebih matang dan kuat dari sebelumnya. 




6 comments :

  1. assalam, sy students ubis, kalau nak intership ke luar negara pada september tahun depan, borang selalu dikeluarkan bila ye??

    dan nak tanya keputusan muet memainkan peranaan ke ??
    mara ada support ke selama kita ke sana

    harap awak sudi jawab yee. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Dilaz Khir. Hi there junior! hehe. Kalau awak nak internship ke luar negara pada September tahun depan (sept 2017)... borang selalunya akan dikeluarkan pada awal bulan April (alert dengan announcement UNIKL International Office FB Page).

      Keputusan MUET pulak tidak memainkan peranan sangat. Cuma kalau ada lagi bagus. Selalunya untuk uni luar negara akan ada satu surat pengesahan di mana kita belajar dalam medium English (selalunya HOD kena sign borang tapi ini bergantung kpd uni tersebut sama ada ada ataupun tak).

      Contohnya: Minimum requirement ialah B2 (english proficiency)

      "Mara ada support ke x selama kita ke sana?"
      Jawapan yang Atin boleh bagi kalau awak apply di bawah program ISEM dan current CGPA awak atas 3.75 dan ke atas inshaaAllah akan dpt full sponsorship by MARA.

      Kalau di bawah program ERASMUS+ (yang Atin dapat ni),
      Program ni langsung xde kena mengena dengan MARA kerana European Union yang bagi tajaan penuh spnjg pengajian di sana.

      Harap jawapan yang Atin beri ni sedikit sebanyak membantu.

      All the best Dilaz!

      Delete
  2. Pelajar Accounting di UNIKL Bis boleh apply tak utk program ni?

    ReplyDelete
  3. Perubahan yang terkini:
    MARA tidak akan memberikan sebarang funding untuk flight ticket, visa dan insurans. Maksudnya? Segala kos hendaklah menggunakan duit anda SENDIRI.

    Requirement untuk self sponsored : CGPA 2.25
    Yuran sepanjang 1 semester di Host University TIDAK PERLU dibayar (waived)

    Salam sis, maksudnya kalau saya apply self-sponsored ISEM saya tak perlu bayar any yuran di Host Uni tersebut? cuma kena bayar utk living cost je yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nadiah,
      Self sponsored means yuran sepanjang 1 semester di luar negara dibayar oleh universiti sana.

      Nadiah kena sediakan duit belanja sendiri, flight ticket sendiri. HANYA yuran pengajian 1 semester SAHAJA ditaja oleh universiti berkenaan.

      Delete
  4. Hi to You-Know-Who-You-Are,
    sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk ditanya, boleh bertanya di sini. Terima kasih.

    ReplyDelete

syazaredzu2016. Powered by Blogger.