TIPS : 6 CARA MUDAH UNTUK 'SURVIVE' DI UNIKL BIS

Salam semua. Entri ini diilhamkan oleh adik Istiharah (pelajar BBA ME, semester 1 - batch September 2016). Adik Istiharah ini meminta tips untuk survive di UBIS daripada Atin. Oleh itu, Atin merasakan adalah lebih baik sekiranya Atin menghasilkan satu entri ini untuk berkongsi tips tersebut. Moga memberi manfaat kepada semua.



book read safety survive manual
Bersedialah untuk jadi zombie apabila banyak assignments :P
1. KAWAN
Kawan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan atau kejatuhan kita. Rata-rata kawan yang Atin rapat ialah pelajar lepasan STPM. Parents Atin juga pelik kenapa Atin memilih untuk berkawan dengan mereka sedangkan ada lagi kawan-kawan lain seperti lepasan Diploma, Matrikulasi, Asasi. Bagi Atin, kawan biar beribu. Tiada salahnya berkawan dengan mereka. Dari segi pemerhatian Atin, golongan lepasan STPM inilah antara golongan yang berhadapan dengan masalah pembelajaran di peringkat degree kerana subjek yang mereka pelajari sewaktu STPM adalah dalam bahasa Melayu. Hati Atin merasakan mungkin inilah peluang Atin untuk menolong orang yang paling dekat dengan Atin.

friends flirting flirt joey tinder

Antara pencapaian yang Atin boleh kongsikan kepada pembaca semua adalah:
  • Rakan baik Atin dari semester 1 telah berjaya untuk improve pointer dari GPA 2 pointer lebih kepada 3 lebih. Thumbs up! All you need are motivation and inspirations from your closest friends. Terharu Atin. Atin memang selalu ajak dia belajar sekali dengan Atin. 
  • Pencapaian kedua yang betul-betul membuatkan Atin tersentuh apabila subjek Finance 2, rakan rapat Atin : Fit, Tikah dan Zaf mendapat A dalam subjek tersebut! Waaa memang terkejut! Tika saat keputusan final exam diketahui petang itu, Atin cukup terharu. Agaknya inilah perasaan seorang pensyarah apabila pelajarnya berjaya. Suatu perasaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. I'm proud of you guys really! Keep it up guys! Kan Atin dah cakap yang korang boleh buat yang terbaik. Atin yakin parents mereka turut happy dengan pencapaian tersebut.
2. POINTER, MENCARI MOMENTUM, INSPIRASI KEJAYAAN
Kenapa pointer penting untuk survive di UBIS?
  • Pendorong kejayaan atau kegagalan untuk mendapat peluang ISEM/ERASMUS+
  • Pengurangan pembayaran balik kepada MARA
Nasihat terbaik Atin kepada juniors:
  • Dapatkan GPA yang TERBAIK ketika berada di semester 1
Semester-semester akan datang subjeknya lebih mencabar. Mungkin senang untuk meraih pointer yang tinggi pada semester pertama dan tidak senang untuk mengekalkan atau menaikkan momentum untuk semester seterusnya.

PERINGATAN: ANDA kena sentiasa MENCARI INSPIRASI dari orang keliling anda supaya ANDA terus dapat mengekalkan prestasi yang cemerlang.

(RED) SHOPATHON red quote inspiration quotes

Adakah inspirasi sesuatu yang sukar dicari?
Ibu bapa dan pensyarah merupakan salah satu inspirasi Atin. Mereka sentiasa inginkan yang terbaik untuk kita.  Selain itu, kawan boleh menjadi salah satu inspirasi anda untuk berjaya. Lihatlah sekeliling anda. Lihatlah kawan yang sentiasa perform setiap semester dan berkawanlah dengan mereka. Anda tidak rugi malah anda amat beruntung sekiranya mereka menjadi sahabat anda yang boleh mendengar serta memberikan cadangan kepada anda untuk berjaya dalam hidup.

Inspirasi tidak sukar untuk dicari. Inspirasi itu ada dekat dengan kita sama ada kita boleh lihat inspirasi itu ataupun tidak.

Kenapa penting adanya inspirasi?
Akan ada waktunya anda berasa down, pressure terlebih, rasa ingin putus asa...
Saat inilah anda kena KUAT. You are half way there, don't stop now. Finish up what you've started. It's okay to cry sometimes. Don't cry for too long. Brace yourself to be stronger than before. Make yourself happy!

3. MAKE YOURSELF HAPPY & BE POSITIVE
Kenapa kita perlu gembirakan hati sendiri?
Pernah tak kita terfikir:

Selama ni kita asyik dengar kata-kata orang lain saja. Kenapa kita tak pernah tanya pada hati kita apa yang kita betul-betul impikan dalam hidup? Ask yourself now.

positive blackgirlmagic black girl magic regina hall speaking positive 

Apabila diri kita betul-betul gembira, secara tidak langsung kita juga buat ibu bapa kita juga gembira. Bila bercakap tentang parents ni, perkara ini betul-betul berlaku kepada Atin. Ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Pada awalnya, parents Atin tidak pasti sama ada pilihan Atin menyambung jurusan Management and Entrepreneurship merupakan satu pilihan yang sesuai.

I'll try my best this time. Trust me. - Atin

Alhamdulillah, dengan GPA 3.89 pada semester pertama merupakan satu permulaan baru untuk Atin. Melihat pencapaian Atin, parents Atin mula yakin pada Atin dan naluri Atin untuk menyambung pengajian di UBIS adalah satu pilihan yang tepat. To see happiness through their eyes, make me always want to perform my very best. InshaaAllah ;) Di sinilah segalanya bermula.

Be positive, stay positive.

Kenapa sikap positif itu penting dan wajib ada dalam diri kita? 
Perjalanan hidup sebagai seorang pelajar ini bukanlah setiap detik tu detik bahagia je. Akan ada waktu kita akan diuji: group assignment- dapat member yang free riders, duit kekadang tak cukup, keputusan test tidak seperti yang dijangkakan dan sebagainya.

Be positive: Sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Tidak kiralah susah mana pun sesuatu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk menyelesaikannya. Ya, tidak mudah untuk lakukannya tetapi ingat. TIDAK MUSTAHIL. Atin yakin ANDA BOLEH.

4. EXTRA KNOWLEDGE
Rata-rata pelajar UBIS hanya belajar based on slides sahaja. Tidak baca buku teks dan sebagainya. Atin pun pernah juga buat perkara ni (Teringat masa sem 5, Atin mengambil 8 subjek) kerana tidak cukup masa untuk menelaah (Banyak assignments). Pengajaran untuk semua termasuklah diri Atin. Selama berada di UBIS, Atin memang akan sentiasa mencari ruang dan masa untuk belajar lebih dari apa yang dipelajari di kelas. Platform paling senang untuk mendapatkan informasi adalah melalui Facebook. Setiap hari pasti kita akan ONLINE kan? Atin ingin kongsikan kepada anda beberapa websites yang berguna sebagai informasi tambahan + pengetahuan umum:

Kenapa perlunya Extra Knowledge?
Pelajar Bachelor in Business Administration (BBA) hendaklah mengambil tahu serba sedikit ilmu pengetahuan secara meluas dan tidak bergantung hanya kepada buku teks semata-mata. Secara jujurnya, memang banyak case studies yang kena hadap setiap semester. Jawapan case studies ini tidak boleh dihafal sebijik-sebijik kerana korang kena faham overall case study itu tentang apa. 

Sekiranya anda menyimpan angan-angan untuk belajar di luar negara (program pertukaran pelajar/MBA/PhD), jangan mengharapkan lecturers untuk beri slides dan anda HAFAL slides tersebut untuk menjawab exam. Slides itu hanya sebagai guideline sahaja dan sangat tidak mencukupi sebagai persediaan exam. 

Pengalaman Atin belajar di Kozminski University membuatkan Atin lebih berdikari dalam mencari ilmu. Di sini, konsep siapa berusaha lebih, dia deserve to get 5.0 for that subject. Sounds cool? You need to seek for extra knowledge to earn 5.0. Not EASY yet NOT IMPOSSIBLE.

5. STUDY HARD AND SMART


study

Study smart: 
  • Orang berpersonaliti Audio dan Visual memang sesuai dengan pendekatan Study Smart. 
  • Subjek yang kena study smart: Subjek selain subjek yang melibatkan pengiraan. 
  • Berfikir di luar kotak untuk subjek Technopreneurship dan Business Plans (Create/innovate products/services), cara menjawab case studies dengan betul (melibatkan general knowledge) dan sesi pembentangan (sesi Q&A - soalan diajukan spontan, latihan untuk berfikir secara meluas dan efektif)
Study hard and smart:
  • Orang berpersonaliti Kinestetik WAJIB study hard and smart. Makin banyak latihan yang dibuat, makin berpotensi untuk memahami sesuatu subjek. Atin tergolong dalam kinestetik ni. Terkadang terfikir juga kan best sekiranya Atin seorang yang lebih Visual atau Audio. Tidak mengapa. Taktik belajar yang betul disertakan dengan usaha yang lebih sedikit daripada orang lain bukan menjadi halangan untuk berjaya.
  • Subjek apa yang kena study hard and smart? : Financial Accounting, Finance 1, Finance 2, Business Math, Management Accounting.
  • Subjek-subjek di atas ini bukan boleh dikuasai dengan hanya mendengar atau melihat. ANDA KENA BUAT LATIHAN. Kesemua subjek di atas melibatkan pengiraan serta nombor. Ha kalau tak suka nombor pun takpe asalkan buat latihan sampai korang faham. Practice makes perfect!
6. PENSYARAH DAN NOTA
teacher surprise powerpuff girls

Kenalilah cara pensyarah anda mengajar. Ada pensyarah yang lebih tegas, ada yang lebih sempoi. Ikut sahaja rentak mereka. Kerana apa? Mereka inilah yang bakal memberi markah dan menentukan your final grade nanti. Hasilkan kerja mengikut kriteria yang ditetapkan. Sekiranya ada sesuatu topik yang kurang difahami, boleh rujuk kepada pensyarah anda.

Nota yang anda dapat di dalam kelas tidak mencukupi. Cukup sekadar pengetahuan asas topik (slides). Seeloknya rujuk buku teks dan bahan ilmiah lain untuk lebih faham sesuatu subjek. Setiap orang cara membuat nota berbeza. Seperti Atin, Atin lebih suka nota yang berkonsepkan Mind Mapping. Lagi-lagi ditambah warna-warni (kalau rajin dan ada masa) yang boleh menguatkan lagi memori untuk mengingati nota. Pastikan nota anda ringkas dan keluarkan key points yang penting sahaja. Tips belajar yang selalu Atin amalkan ialah skimming the text book (baca sepintas lalu), reading thoroughly by each chapters (baca dan fahamkan) dan terakhir, keluarkan key points penting serta buat summary by each chapters. Kalau subjek yang anda ambil agak sukar dan mengambil masa untuk faham, sila lebihkan masa belajar anda untuk subjek sebegitu. Ingat, time management sangat penting. Imbangkan mana yang lebih utama.

Nak cara lebih senang? Cuba raih sebanyak mungkin untuk carry marks anda. Selalunya carry marks 60% dan final exam 40%. Cuba bayangkan sekiranya anda dapat markah penuh 60% dan hanya memerlukan lagi 20% untuk dapat A untuk subjek itu (Hanya perlukan 50 markah dalam final exam untuk dapat A). Untuk dapat carry marks yang tinggi bukan mudah tetapi Atin yakin dan percaya sekiranya kita betul-betul ikhlas melakukan assignments yang diberikan dan dapat melakukan pembentangan dengan baik di depan kelas, tiada masalah untuk mendapat carry marks 50 dan ke atas.

Itu sahaja tips untuk survive dekat UBIS ni. Hee. Selamat 'survive'kan diri anda! Stay survive guys! You will make it to the very end. Fighting!

Wayward Pines fox survive kacey rohl kerry campbell

PESANAN PENULIS:
Sekiranya anda mempunyai idea/cadangan yang boleh Atin sumbangkan untuk entri blog, boleh personally pm Atin di FB atau emelkan ke: fatinsyazanaredzuan@gmail.com
Terima kasih

Nur Fatin Syazana Mohd Redzuan
Student Ambassador UNIKL Business School

11 comments :

  1. Hai sis..kampus business school-finance kt mna??then,unikl ada hostel kan..hostel utk sem 1 atau semester seterusnya boleh duk hostel.ke kena sewa luar??tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai junior. Pelajar Accounting sahaja yang memang tempat belajar di Gurney Mall. Pelajar ME, IB, Marketing dengan Islamic Finance dekat bangunan Yayasan Selangor.

      Hostel slalunya ada kontrak setahun. Pelajar baru sekarang ditempatkan di Zeta.

      Delete
  2. Hi. Sy student from uitm kos Business Study and akan sambung degree di unikl bis kos Marketing 5/2/17. Sy nak tny pasal Pengecualian Kredit (PK) . Dalam surat tulis saya 3tahun. And kalau dah buat pengecualian kredit, akan kurang lagi ke tahun pengajian sy? Lagi satu, max gred unikl nk dpt pengecualian kredit apa ye? And berapa banyak subjek boleh potong? Thanks :)

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum. saya nak tnya ubis untuk course bachelor accounting ada buat part time student tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Fatihah. Sorry lambat sangat reply. So far, course bachelor accounting tiada untuk part time student. Part time hanya untuk course BBA Management and Entrepreneurship dan MBA.

      Delete
  4. Salam kak, saya akan masuk ubis intake july 2017 kos management & entrepreneurship jugak, mcmana ya utk saya contact akak utk bertanya lebih lanjut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Sorry reply lambat memandangkan sekarang agak busy nak cari internship placement dengan prepare for final exams. Boleh email dekat fatinsyazanaredzuan@gmail.com

      Delete
    2. Eh.. dapat course sama la dgn saya.. intake july ni jugak.. hehehe..

      Delete
  5. Hi sis. Assalamualaikum. Saya akan masok UBIS intake july 2017. Kos islamic finance. Saya nak tanya Adakah list dlm sbjek kos tu d ajar dlm english or malay. N mcm mana kite nak apply mara ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Course Islamic Finance diajar dalam English cuma bberapa subjek sahaja dalam bahasa melayu. Contohnya subj TITAS, Hubungan Etnik, Isu Kontemporari.

      Apply MARA tu Unikl akan umumkan kepada pelajar bila permohonan dibuka. Unikl akan guide pljr untuk permohonan MARA tu. So dont worry :)

      Delete
    2. Wslm. Course Islamic Finance diajar dalam English cuma bberapa subjek sahaja dalam bahasa melayu. Contohnya subj TITAS, Hubungan Etnik, Isu Kontemporari.

      Apply MARA tu Unikl akan umumkan kepada pelajar bila permohonan dibuka. Unikl akan guide pljr untuk permohonan MARA tu. So dont worry :)

      Delete

syazaredzu2016. Powered by Blogger.