JOM TERBANG KE POLAND : WARSAW (PART 2)

"Your mind is a powerful thing. When you fill it with positive thoughts and inspirations, your life will start to change. For real." - Atin

Salam dan hai kepada semua pembaca blog ;)
Entri kali ini lebih kepada perjalanan Atin sepanjang berada di Warsaw, Poland.


25hb September 2016
Alhamdulillah kami selamat sampai di lapangan terbang Warsaw. Sementara kami menunggu Far dan Syaza (budak Medic Warsaw) sampai, kami berborak dengan lelaki Malaysia (boleh baca entri sebelumnya - JOM TERBANG KE POLAND (PART 1) - DEPARTURE

Atin dan Kak Niza tumpang tidur di rumah bebudak Medic Warsaw untuk beberapa hari. Alhamdulillah mereka sangat okay. Terasa macam family dan dah kenal lama. Mereka sangat friendly walaupun kami bukan dari universiti mereka. Atin sangat bersyukur Allah pertemukan Atin dengan orang yang sangat down to earth dan baik hati seperti mereka. Jasa korang semua Atin akan kenang sampai bila-bila.

26hb September 2016
Pagi Isnin, Atin, Kak Niza serta Qina (Budak Medic Warsaw juga) gigih naik tram dari rumah ke Kozminski University. Kami berjumpa dengan International Coordinators Kozminski University (Ewa and Ola) dan berborak dengan mereka. Mereka sangat baik hati dan very helpful. Orang Polish memang friendly. No doubt about it ;)
Makcik Poland ni sempat lagi posing masa Atin snap gambar. Ahaha ;)
Inilah tempat menunggu trem.

CREDIT: TRAM IN WARSAW

TREM, BAS & METRO:
Di Warsaw, pengangkutan seperti trem, bas serta metro boleh digunakan dengan hanya menggunakan satu tiket sahaja. Teringat ketika belajar di UniKL Business School, Atin memang pengguna setia LRT, Monorel dan KTM. Jadi, setiap kali ingin menggunakan perkhidmatan tersebut, Atin kena swipe kad Touch n Go (Hanya reload sahaja sekiranya baki tidak cukup). Bila difikirkan kembali, betapa banyak duit Atin dihabiskan untuk pengangkutan awam sahaja. Ya, elaun RM700 sebulan itu pun belum tolak lagi dengan bayaran rumah sewa. Kad diskaun pelajar setakat ini hanya untuk kad Rapid sahaja (Bukan untuk semua pengangkutan awam yang sedia ada di Malaysia). 

Trem menjadi pilihan pengangkutan Atin untuk ke kelas. Direct tram sahaja dari studio flat Atin. Atin memang rasa sangat heaven bila pengangkutan awam di sini sangatlah murah dan efisyen. Ya Allah, hati ni rasa seronok sangat. Nak tahu kenapa? Untuk pelajar berumur 26 tahun ke bawah, diskaun sebanyak 50% akan diberikan untuk public transportation ticket. Murah gilaaa kan? Indeed. Jadi, Atin hanya perlu 140 Zloty untuk tiket (valid selama 3 bulan). Ini bermaksud ~47 Zloty sahaja sebulan dan bebas menggunakan tram, bas dan metro. Ha apa lagi. Inilah peluang berjalan dan explore apa yang ada dekat Warsaw. Suasana di sini amatlah berbeza dengan suasana di Kuala Lumpur. Jalan raya tidak sesak. Jauh berbeza dengan Kuala Lumpur yang sentiasa sesak. Suasana yang tenang membuatkan Atin lebih selesa untuk berjalan di sekitar sini. Kebanyakan orang di sini menggunakan public transportation untuk pergi ke tempat kerja mahupun ke kelas. Lebih murah, lebih jimat masa.

BUBBLEOLOGY :
Atin dan Kak Niza berada di Bubbleology Polska ;)
Bubbleology ini diibaratkan seperti Chatime atau Coolblog Malaysia. Dengar kata ramai pelajar Malaysia yang belajar di Warsaw suka sangat dengan kedai ini (Kedai ni comel sangat dan colorful lagi. Ini serious! Ahaha). Apa yang menariknya, kedai ini menggunakan konsep makmal dan unsur kimia sebagai dekorasi kedai. Nampak unik! Lihat saja pada dinding kedai ini. Illustrasi yang berkonsepkan elemen kimia. Selain itu, pekerja kedai ini memakai lab coat sebagai uniform kerja mereka. Nampak comel gitu. Hee.




    CREDIT : BUBBLEOLOGY POLAND

    CREDIT: HISTORY OF BUBBLEOLOGY

     CREDIT :Q&A BUBBLEOLOGY

    CREDIT :MENU BUBBLEOLOGY
Haa tuu diaaa bahasa Polish. Faham ke tidak tuu? Ahaha. Sampai sini nganga la kalau tak faham langsung Polish :/

KANTOR CHANGE:

Kantor Change inilah Money Changer. Sebelum fly ke Poland, Atin sudah menukarkan duit RM ke Euro. Walau bagaimanapun, duit Euro tidak boleh digunakan untuk membeli barang dan sebagainya di Warsaw. Kenalah tukar duit Euro ke Zloty Polish. Selalunya rate exchange nak tukar Euro ke Zloty (1 Euro = ~4.2 Zloty Polish). Dapat banyaklah jugak duit Polishnya memandangkan currency di sini lebih kurang sama dengan Malaysia. Tak terasa sangatlah mahalnya tu. Kiranya geng ERASMUS+ Poland ni beruntung lah ;)

Melalui biasiswa ERASMUS+, Atin akan mendapat elaun bulanan dalam currency EURO. Jadi apa maksudnya? Setiap kali nak guna duit untuk beli barang dan sebagainya, duit Euro tersebut hendaklah ditukarkan kepada Zloty Polish (Of course kena buka dahulu bank account EUR untuk menyenangkan proses transfer elaun). Mungkin nampak agak remeh tapi prosedurnya begitu. Cost of living di Warsaw juga tidak begitu mahal. 750 Euro sebulan adalah lebih dari cukup bagi Atin.

Apa yang mahal di Warsaw?
Sewa rumah: 
Sewa rumah di sini agak mahal. Untuk studio flat yang Atin sewa ini pun, 1000 Zloty seorang sebulan (termasuk bil api dan air). 1000 Zloty ibarat RM1000 kan? Nampak mahal dari segi sewa rumah. Sekiranya rumah dicari melalui ejen, kita hendaklah membayar sekali charges fee untuk ejen tersebut yang rata-rata antara 40-60% daripada kadar sewa bulanan, deposit serta sewa rumah pada bulan pertama (untuk bayaran kali pertama) .

Ayam halal:
Ha! Ayam halal boleh dibeli daripada kedai halal seperti Heyoodubai (Kedai yang agak dekat dengan studio Atin). Ayam halal selalunya 20 Zloty sekilo. Mesti anda semua rasa WHAT? Like RM20 untuk ayam sekilo! (Seriously???) Mahalnya. Ahaha. Relaks eh. Memandangkan dekat Warsaw ini tiada tempat penyembelihan yang dekat. Oleh itu, harga ayam halal pun agak mahal.

Makanan Halal:
Nasi Arab, Nasi Briyani, Burger Halal - semuanya memang sedap-sedap belaka tetapi agak mahal. Sekali sekala okay lah kalau mengidam sangat nak makan. Hee. 

BAY KEBAB (HALAL RESTAURANT)



Hot Turkish Tea
Turkish tea ini dihidangkan sementara kami menunggu order makanan kami siap. Pandai marketing kan mereka ini? Pandai ambil hati pelanggan supaya pelanggan akan datang semula serta menyenangkan proses word-of-mouth. Menjaga Customer Relationship lah kan. Turkish Tea yang dihidangkan memang pure and original. No sugar added. Bayangkanlah cuaca sejuk, angin bertiup...Tetiba datang mai teh turki panas depan mata. Waduh-waduh bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal. Hee. 

Chicken Turko : 4.3 out of 5!
Atin tidak pasti pada mulanya nak makan apa. Ahahaha (Selalu tak tahu nak order apa untuk makan)
Atin meminta pandangan Nad (Student Medic jugak ;)) menu yang agak-agak best untuk dimakan. Dia pun beri beberapa cadangan kepada Atin dan antaranya Chicken Turko. Chicken Turko hanya berharga 10 Zloty sahaja. Worth to try! Saiz burger pun besar juga. Nak habiskan satu burger tu pun mengah jugak laa. Apa yang Atin paling suka ialah daging ayam dia pergh.. Very juicy, tender, the flavors are super duper awesome. Feeling habis makan Chicken Turko ni.

Apa yang murah gilaaaaaa dekat Warsaw?

Groceries: 
Buah:
Peach
Strawberry
Apple
Plum

Sayur-sayuran:
Cendawan
Lobak Merah
Kentang

Yogurt : 1.89 Zloty (400 ml)
Susu : 1.89 Zloty

Atin hanya senaraikan beberapa barang sahaja. Banyak lagi barang lain yang murah ;)

Secara keseluruhannya, grocery items agak murah bagi Atin. Biasalah, ada yang di sini barangnya lagi mahal dari Malaysia. Kebanyakan barang yang Atin beli memang tergolong dalam range murah. Thumbs up!

Public Transportation:

Terdapat 5 jenis tiket iaitu-
1) Single Ticket (4.40 Zloty-Normal Price)
Single Ticket ini sah untuk tempoh masa 75 minit.

2) Short Term Ticket (3.40 Zloty-Normal Price)
Short Term Ticket pula sah untuk 20 minit sahaja (Boleh transfer ke bas, trem atau metro yang berbeza)

3) One Day Ticket (15 Zloty-Normal Price)
Unlimited journeys selama 24 jam dari waktu pengesahan

4) Weekend Ticket (24 Zloty-Normal Price)
Hanya boleh digunakan dari pukul 7 pm (Jumaat) sehingga 8 am (Isnin)

5) Warsaw City Card 
1-month or 3 months card
3-months card : 280 Zloty ----[140 Zloty - Reduced Fare (Sekali bayar sahaja)]

Untuk 1 bulan atau 3 bulan penggunaan. Atin memilih 3-months Warsaw City Card dan Atin hanya perlu Student ID untuk menggunakannya. Atin hanya perlu mengaktifkan kad student Atin SEKALI sahaja di ZTM machine (selalunya ada dekat dalam tram). Selepas pengaktifan tersebut, Atin tidak perlu swipe Student ID Atin lagi untuk menaiki tram dan bas. Hanya di metro sahaja yang Atin perlu swipe Student ID. Harga normal untuk 3 bulan ialah 280 Zloty. 50% diskaun untuk pelajar. Jadi, Atin hanya perlu membayar 140 Zloty sahaja. Memang berbaloi-baloi lahhhh ;) 

Tiket boleh didapati di mana-mana mesin ZTM dan jangan lupa untuk activatekan tiket anda terlebih dahulu.

PALACE OF CULTURE AND SCIENCE:



Palace of Culture and Science
The Palace of Culture and Science ini merupakan bangunan tertinggi di Poland. Bangunan ini terletaknya di Pusat Bandar. Selain itu, bangunan ini juga mengandungi lebih dari 3000 bilik! The Palace of Culture and Science ini telah dibina pada 1952 sehingga tahun 1955 sebagai hadiah orang Soviet kepada Poland.
Fountain di belakang Palace of Culture and Science
Berjalan di sekitar Centrum. Dari kiri: Qina, Atin dan Kak Niza
OLD TOWN (STARE MIASTO):




Kuda Poland dekat belakang tuu ;)
Bunga yang berwarna merah dan putih ini melambangkan warna bendera Poland

Inilah kawasan yang ada Mermaid Warsaw tu.
LAGENDA DI WARSAW (MITOS):
Mermaid 
Lagenda duyung ini dikatakan bermula ketika duyung tersebut berenang di sungai dan berhenti berehat di kawasan berdekatan dengan Old Town. Duyung itu sangat menyukai kawasan tersebut dan telah membuat keputusan untuk terus menetap di kawasan itu. Ada seorang pedagang yang kaya telah memerangkap duyung itu dan telah mengurungnya. Para nelayan telah menyelamatkan duyung itu. Sejak itu, si duyung telah memperlengkapi dirinya dengan pedang serta perisai seperti gambar di bawah ini. Ada yang menyatakan 'The Little Mermaid' di Copenhagen, Denmark merupakan adik beradik kepada duyung Warsaw ini dan mereka berpisah membawa haluan masing-masing dari Baltic Sea. Mermaid yang popular selalunya yang di Copenhagen sahaja kan? Atin pun tak tahu pada awalnya Mermaid Warsaw ini merupakan salah satu lagenda popular di Warsaw. 

Mermaid Warsaw in Old Town
    Credit : JEFF HOCK
Khusyuk Pakcik Poland tu main gitar. Hee.
Busking:
Nampak tak pakcik-pakcik Poland dekat situ tuu? Hee. Mereka mencari rezeki dengan busking. Alunan muzik yang kedengaran sangat soothing di telinga. Tenang rasanya. Teringat ketika Kak Niza meletakkan duit ke dalam bekas duit mereka (topi yang diterbalikkan), pakcik Poland tu ikut Kak Niza sambil meniupkan saxophonenya sebagai tanda terima kasih (That's so sweet isn't it?) Atin sangat suka culture di sini. Sangat tenang. Walaupun kita berhijab, mereka tetap hormat dengan kita. Bila kita datang tempat orang, jagalah adab kita kan? Bila mereka suka dengan kehadiran kita, inshaaAllah mereka lebih terbuka dengan orang Islam. 

Kebetulan cuaca sangat baik ketika ini. Menampakkan lagi keunikan bangunan serta tugu di Old Town ;)
Sigismund's Column (Belah kiri atas):
Nampak tak tugu yang tinggi dekat dalam gambar di atas ini? Ha, itulah Sigismund's Column. Tugu tersebut didirikan pada tahun 1644 di Castle Square, Warsaw dan merupakan landmark yang famous juga di Warsaw ini. Tugu ini dibina untuk memperingati King Sigismund III Vasa yang berjaya mengubah ibu negara Poland dari Krakow ke Warsaw. Nampak tak tugu tu melambangkan King Sigismund yang memegang salib dan tangan di sebelah pula memegang pedang? Memang banyak monumen serta tugu di sekitar Old Town ni apatah lagi dekat Warsaw. Memang sangatlah banyak. Warsaw ni banyak jugak sejarah di sebalik bangunan yang didirikan.

The Royal Castle (Kanan):
Istana ini dianggap 'pride of Warsaw'. Di dalam istana ini, terdapat muzium yang penuh dengan sejarah Warsaw. Atin tidak sempat mengunjungi di bahagian dalam istana memandangkan banyak lagi tempat yang ingin dilawati. Oleh itu, anda boleh visit laman web di bawah sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai The Royal Castle.


ZLOTE TARASY (ZLOTA):




Inilah Zlote Tarasy Mall! ;)
Inilah mall kedua yang Atin pergi selepas Arkadia mall. Zlota ni ibarat mini pavilion. Lot-lot di mall ini terdiri daripada luxury brands seperti Marks & Spencer, Pull & Bear, Bershka dan lain-lain.
Tidak dilupakan kepada penggemar setia Hard Rock Cafe, di Warsaw juga ada Hard Rock Cafe tau. Nampak tak gambar di atas ini kelihatan HARD ROCK CAFE sign? 

Menggodanya pasta tuu. Ahaha. I love seafood anyway ;)
Dengar kata ada kedai pasta yang memang awesome dekat sini. Check it out!

IL PATIO:
Kedai pasta di Zlota ini berkongsi kedai dengan kedai sushi. Sekiranya ingin menikmati hidangan sushi, bolehlah pergi ke tingkat atas manakala yang ingin menikmati hidangan italian boleh ke tingkat bawah. Jadi, Atin telah memesan hidangan pasta. Il Patio Tagliatelle (Haa tergeliat tak lidah nak menyebutnya) - Pasta with shrimps, scallops and mussels tossed with creamy garlic sauce and cherry tomatoes. Hidangan ini berharga 35 Zloty. Obviously, hidangan ini boleh share 2 orang kerana portion makanannya yang agak banyak. Mungkin sedikit mahal tetapi untuk food lovers out there, you guys should try this!

Highly recommended : 4.8 out of 5 - IL PATIO (Location : Zlote Tarasy)

Menu at IL PATIO Restaurant
p/s: Terima kasih kepada Qina (our story teller, tourist guide, photographer). Banyak yang Qina kongsikan bersama Atin dan Kak Niza sepanjang berjalan sehari suntuk di Warsaw.

28hb September 2016 : ORIENTATION WEEK
Dapat 1 goodie bag yang ada : 1 student guide book, 1 pen, 1 free map.
Pada Rabu pagi, pendaftaran pelajar untuk ERASMUS+ exchange program berlangsung di Auditorium Hall. Ramai juga pelajar program pertukaran pelajar di KU. Hampir 300 orang pelajar exchange program. France : Paling ramai pelajar ERASMUS+ yang berasal dari negara Perancis untuk batch kali ini.

Dari kiri: Adele, Kak Niza, Atin
Lokasi: Di hadapan Kozminski University

4hb Oktober 2016 : OH MY PIEROGI!
Sejarah Pierogi:


Kedai Pierogi yang popular di Warsaw:
Buddy ESN Atin, Ola (orang Polish) memperkenalkan Atin dengan sebuah restoran yang cukup terkenal dengan hidangan tradisional Polish iaitu Pierogi (Atin berjumpa sekali dengan kawan-kawan Ola : pelajar dari Korea!). 

Sekiranya sesiapa yang ingin ke restoran ini, stesen tram paling hampir ialah PL. KONSTYTUCJI. Dari stesen tersebut, 7 minit diperlukan (berjalan kaki) untuk sampai ke restoran. Restoran ini agak jauh sedikit dari main road.

Pierogi : Having dinner with Ola and her friends from Korea!
22 Zloty (8 pieces of pierogi in a plate)

Pada mulanya Atin nampak sendiri hidangan ini depan mata, Atin terfikir eh eh macam karipap rebus lah! Kalau orang Cina, mereka akan cakap Pierogi ini seakan-akan dumplings. Jangan risau filling yang Atin pilih ialah potatoes (Tiada daging dan sebagainya) disertakan sekali dengan caramelized onions. Sedap! Sekarang Pierogi ini bukan sahaja ada dalam versi rebus sahaja malah ada Pierogi goreng juga (Atin belum cuba lagi yang itu). Menu Pierogi yang terbaru di restoran ini ialah filling pumpkin. Sekarang, Pierogi telah dipelbagaikan dari filling yang masin (daging/kentang/sosej) ke manis (blueberry/strawberry/etc).

Highly recommended : 4.8 out of 5!


Hampir 300 orang pelajar yang terlibat di bawah program ERASMUS+ di KU :) Ramai kan? Maskot KU pun ada. Hee

PESANAN PENULIS:

Belajar untuk berdikari, berkorban tenaga, masa dan sentiasa berusaha lebih daripada orang lain untuk meraih peluang ISEM/ERASMUS+
Ya, mungkin tidak senang untuk mendapat peluang sebegini
TETAPI
TIDAK MUSTAHIL untuk anda sekiranya anda:

Put your effort to 110% and your willingness to gain something new


JANGAN dengar kata orang yang ANDA tidak boleh
BUANG segala NEGATIF dalam diri
DENGAR kata hati ANDA bahawa ANDA BOLEH
Sentiasa POSITIF dengan DIRI sendiri

Believe in your intuition and focus on your goals
Allah telah memakbulkan salah satu impian Atin untuk travel ke Europe 
(wishlist sejak semester September 2014) 
Atin yakin setiap orang mempunyai impian yang berbeza. So, focus on yours!

Kepada juniors dan rakan-rakan yang ingin merasa travel ke luar negara untuk 1 semester, boleh refer entri blog atin di bawah ini:


Kepada yang ingin tahu bagaimana Atin dapat tahu keputusan akhir ERASMUS+ Poland,
boleh refer sini:


Best of luck and all the best
Atin harap lebih ramai pelajar UNIKL terutamanya UBIS mendapat peluang program pertukaran pelajar.

Pengalaman yang 'rare' ini bukan sahaja untuk mencantikkan resume anda semata-mata tetapi anda akan belajar mengenai kehidupan sebenar melalui pengembaraan dunia.

Nur Fatin Syazana Mohd Redzuan
Student Ambassador UniKL Business School

UNIKL BUSINESS SCHOOL MEMANG TERBAIK

No comments :

syazaredzu2016. Powered by Blogger.