INSPIRASI : MINGGU PERTAMA DI KU

Image result

Salam dan hai kepada semua pembaca blog. Ramai yang bertanya kepada Atin:

"Macam mana first week kelas dekat KU?"
"Best tak suasana belajar di KU?"
"Macam mana penerimaan orang sana dengan student exchange ni?"
"Apa yang lain sangat KU dengan UBIS?"

InshaaAllah Atin akan terangkan lebih terperinci tentang pengalaman minggu pertama Atin ke kelas di KU dalam entri kali ini. Atin juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi membaca blog ini. 

Ramai yang menyatakan sendiri kepada Atin hasil penulisan blog ini menjadikan mereka lebih bermotivasi serta memperoleh inspirasi untuk merebut peluang program pertukaran pelajar. Ada juga yang bertanya:

"Boleh ke saya nak ikut jejak langkah Atin?"
"Sebelum ini saya ada mendengar pasal program pertukaran pelajar di UBIS tapi tak pasti nak refer pada siapa. Alhamdulillah blog Atin banyak menolong dalam proses memohon ISEM/ERASMUS+."

Kepada sesiapa yang nak ikut jejak langkah Atin, dipersilakan. I would be more than happy when more people insist to study abroad for student exchange programme. Alhamdulillah, pada mulanya Atin buat blog ini memang khas untuk perkongsian semua (dengan harapan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar UniKL). Nampaknya ramai kini yang gigih dalam misi mencari inspirasi. Keep it up!

Rata-rata hanya nampak:

"Bestnyaaaa dapat pergi Poland"
"Seronoklah dapat peluang rare macam ni"
"You're soooo lucky, Atin!"

news photos experiment hilton perez

Pesanan Atin: Kepada yang betul-betul berminat untuk merasa pengalaman program pertukaran pelajar di luar negara atau yang ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti MBA di luar negara, you should be prepared for the worst situations (bukan untuk menakutkan tetapi Atin nak anda bersedia dari semua aspek). Fikirkan cara untuk mengatasi serta mengawal situasi. 

movie the incredibles violet different

Apa yang kurang best?


Sebelum nak pergi merantau di negara orang, tanya pada hati:

"Mampu ke aku nak hadap situasi seperti Islamophobia?"

1. Penerimaan orang tempatan terhadap orang Islam
Anda kena faham 1 sahaja. Mungkin kita memahami serta percaya akan sesuatu dari sudut berbeza. Begitu juga dengan orang lain. Walaupun mungkin dalam kelas, akan ada saat diri terasa di'bias'kan. Normal. Tak payah nak salahkan sesiapa. Personal preference itu terpulang kepada masing-masing. So, learn to accept and smile. Welcome to the real world guys. Akan tiba satu masa, kita kena keluar dari comfort zone untuk menjadi seorang yang lebih matang dan kental. 

Akan ada masa dan ketika anda akan rasa patut ke 'mengubah' diri anda seperti majoriti HANYA untuk diterima majoriti? Saat inilah akan rasa diri diuji dengan suasana sekeliling. Percayalah pada apa yang kita percaya selama ini walaupun bukan semua orang boleh menerimanya. Diri ini memang kena kuat.

Setakat ini pelajar yang memakai tudung di uni ini, Atin, Kak Niza dan Yomna. Setiap kelas yang Atin hadiri, Atin seorang saja yang bertudung. Ada yang takut nak berkawan dengan Atin disebabkan tudung yang menutupi kepala ini. Sungguh, Atin tak salahkan mereka kerana mempunyai tanggapan sebegitu. Media. Media yang memainkan peranan untuk menyebarkan sesuatu yang kurang sahih atau fakta yang telah diputarbelitkan. Atin turut menyatakan kepada mereka sekiranya Atin seorang ekstremis, semestinya Atin tidak akan dapat peluang program pertukaran sebegini kan? Jadi, tiada sebab untuk takut dengan Atin kerana Atin juga manusia biasa.

Ada juga yang bertanya:

"Dekat rumah juga wajib ke pakai tudung?"

Atin menjawab dalam 1 ayat ringkas sahaja. Sekiranya berada di rumah (hanya ahli keluarga sahaja) boleh untuk tidak memakai tudung. Bukan sepanjang masa di rumah memakai tudung.

Nampak tak? Secara tak langsung, kita yang rare di sini boleh menyentuh hati orang lain untuk tahu lebih tentang latar belakang kita. Alhamdulillah, kawan-kawan yang Atin kenali semasa di kelas dan di luar kelas sangat baik walaupun dari segi luaran mungkin Atin agak berbeza dengan mereka. Walaupun kita berbeza, mereka tetap hormat. Malah, ada juga yang turut ambil tahu tentang Islam. Alhamdulillah, lebih ramai yang selesa untuk berkawan dengan Atin.

Moral of the story: Jangan salahkan sesiapa. Mereka hanya tahu berdasarkan apa yang dipaparkan oleh media sahaja. Mungkin kita juga boleh menyentuh hati mereka untuk mengetahui lebih tentang Islam.

Teringat pula satu kisah yang terjadi antara Atin dengan Nenek Poland. Kebanyakan nenek dekat Poland ni memang tak tahu berbahasa Inggeris. Memandangkan di studio apartment Atin ada ramai juga nenek-nenek Poland yang selalu melawat kawan-kawan mereka di sekitar sini. Memula nenek tu pandang Atin (Macam tak selesa lah macam tu). Atin senyum je dan ucapkan Dzien Dobry (Maksudnya: Good day) dekat dia - Sini memang kebiasaaannya orang akan greet to other people using that phrase. Nak tahu apa jadi? Nenek tu senyum. Ahahaha. Dia excited agaknya Atin tahu bahasa Polish walaupun basic phrase kan. Dia juga membalas Dzien Dobry dekat Atin dengan nada excited. See? Walaupun penerimaan orang Islam di sini belum diterima sepenuhnya, orang di sini okay saja. Kalau ada yang memandang pelik atau pandang kita macam kita ni alien dari planet asing, kita senyum saja lah. Mana lah tahu hati tu lembut di kemudian hari ;)

Apa yang best?

KU lebih kurang sama dengan UBIS kerana status IPTSnya. Private institution. Suasana minggu pertama ke kelas sangat berbeza dari UBIS. Sini, minggu pertama tak boleh skip kelas. Nak tahu kenapa? Masa minggu pertama inilah dah kalut nak cari group members untuk presentation. Dah kena decide group kita nak buat apa. Wow. Atin macam agak terkejut juga dengan budaya macam ni. Disebabkan di UBIS, minggu pertama merupakan minggu paling relaks dan tak heavy sangat. Lagi satu, dekat sini tak boleh main-main dalam kelas. Setiap subjek yang Atin ambil mesti dapat homework untuk dibawa balik ke rumah. Homework ini memanglah pensyarah takkan semak (Untuk inisiatif sendiri sahaja) tetapi untuk lebih faham, kenalah buat homework tersebut. Tengok soalan macam senang tapi... Agak susah. Serious. I have to admit I spend my time into studying more than anything else. Atin anggap perkara sebegini agak baru dan satu cabaran untuk Atin ;)

1. Grading System
Grading system di sini agak berlainan berbanding di Malaysia. Sila lihat di bawah:

Markah             Pointer

50                       2.0 (FAIL)         
51-60                  3.0
61-70                  3.5
71-80                  4.0
81-90                  4.5
91-100                5.0

Ramai yang rasa wow! You need to get at least 91 and above to get an A (5.0). Ya, betul. Memang bukan mudah untuk mendapat solid 5.0 akan tetapi ada trick lain untuk mendapatkan 5.0 untuk subjek yang Atin ambil. (Cabaran yang hebat untuk Atin pada semester ini). Di UBIS, 80 da boleh dapat A. Itu antara perbezaan ketara. Jadi? My solution: Belajar itu perkara wajib lagi-lagi untuk kelas yang memang based on exercises method (Quantitative Methods dengan Managerial Accounting).

Tips (Berdasarkan kelas Quantitative Methods):
1) Jadi seorang pelajar yang aktif dalam kelas
Seorang pelajar yang aktif dalam kelas bermaksud 'be participative'. Kalau tak tahu jawapan sekalipun, bagi saja respon. Inilah proses belajar namanya.

2) Tampil ke depan untuk menulis jawapan di whiteboard (untuk selesaikan mathematical exercises)
Sesiapa yang tampil ke depan untuk menjawab soalan (tak kira jawapan yang diberi betul atau sebaliknya), markah tambahan akan diberikan. Sangat berguna untuk topup final mark nanti.

love girl things look 3

2. Konsisten
Perkara yang Atin suka di sini ialah konsisten. Belajar kena konsisten, buat kerja berkumpulan juga kena konsisten. Semua jadual tersusun rapi kerana segala perubahan jadual akan dimaklumkan dalam virtual university serta dalam aplikasi mobil ikozminski. Memandangkan Atin seorang yang kinestetik, Atin memang kena buat latihan yang banyak untuk memahami sesuatu konsep secara mendalam. Walaupun Atin rasa ini antara limitation diri Atin, ini tidak bermakna Atin tidak boleh berjaya. Atin cuma kena berusaha lebih daripada orang lain. Atin yakin anda juga boleh berjaya sekiranya anda tahu cara belajar yang paling efektif untuk anda.

3. Jadual Kelas

Jadual kelas di sini boleh diakses melalui virtual university website (e-learning) ataupun melalui ikozminski mobile app. Apa yang menariknya, kelas di atas sepatutnya 3 jam. Tapi nampak tak? HANYA 2 jam setengah sahaja. Maksudnya ada lah gap masa sekiranya ada kelas lain selepas kelas ini. Bukan itu sahaja, setiap kelas akan ada REHAT WAJIB selama 15 minit. 

2 jam 15 minit vs 3 jam

Hanya 2 jam 15 minit sahaja masa belajar (tidak termasuk rehat wajib 15 minit) dan Atin rasa cara begini lebih berkualiti berbanding 3 jam kelas di UBIS. Di sini, pensyarah akan memberikan exercises (tidak kiralah anda dalam kelas yang menggunakan konsep Discussion Seminar ataupun Exercise). Pensyarah sudah merangka aktiviti interaktif di dalam kelas. Ini bermaksud kelas tersebut tidak diajar hanya berdasarkan slides show sahaja. Discussion session lebih diutamakan supaya pelajar-pelajar dapat berkongsi pandangan terhadap sesuatu konsep dengan pensyarah dan rakan sekelas. Pada pendapat Atin, konsep kelas 2 jam 15 minit ini hanya boleh diterapkan ke dalam sistem UBIS sekiranya pensyarah dan pelajar faham konsep menghormati masa. Di sini, sesiapa yang masuk lambat ke kelas akan dipandang pelik. (Pensyarah sangat anti dengan pelajar yang masuk lambat kerana mengganggu pelajar lain yang sedang fokus dalam kelas). Apa yang lebih menarik di sini, penggunaan gadget seperti tablets, smartphones dilarang sama sekali semasa kuliah sedang berlangsung (ada juga kelas yang pensyarahnya tidak berapa tegas mengenai penggunaan laptop/smartphones di dalam kelas). Hal ini menampakkan rata-rata kelas di sini sangat tegas. Belajar bukan sesuatu yang main-main. It's a serious matter.

4. Library


Gambar di atas ini menunjukkan bilik untuk individu (bilik khas yang ada kunci). Sangat selesa untuk sesiapa yang nakkan privacy dan ingin membuat kerja dalam keadaan yang senyap. Atin selalu belajar di bilik sebegini kerana lebih selesa dan lebih fokus. Walau bagaimanapun, library ini mempunyai buku yang rata-ratanya dalam bahasa Polish. Atin rasa itulah antara kekurangannya. Kurang buku yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Tidak ramai pelajar yang selalu berkunjung ke library ini. Atin antara muka yang selalu visit library ini sampaikan staff yang jaga kaunter pun sudah tahu yang Atin memang suka belajar di dalam bilik perseorangan. Haha.

Overall experience : 4.7 out of 5!

PESANAN PENULIS:

Kepada yang sudah memohon untuk exchange/ internship placement (ISEM), Atin doakan kalian akan dapat merealisasikan impian anda!

Kepada seniors yang bakal berkonvo pada minggu hadapan, selamat berkonvo ya!

All the best and good luck!

Nur Fatin Syazana Mohd Redzuan
Student Ambassador UNIKL BUSINESS SCHOOL
Image result
CREDIT: DREAM GIRL

No comments :

syazaredzu2016. Powered by Blogger.