INSPIRASI : 'MEMBURU' SI PENERIMA ANUGERAH


Entri ini terhasil ketika Atin sibuk scroll down Facebook. Musim konvo kan, jadi ramai yang upload gambar-gambar mereka di Facebook. Apa yang menarik perhatian Atin adalah penerima-penerima anugerah. Bermacam-macam soalan bermain di fikiran seperti:

"Berapa ramai sebenarnya penerima anugerah untuk konvo UNIKL tahun ini?
"Macam mana mereka ni boleh terima anugerah tu? Hebat!"
"Apakah kriteria yang diperlukan untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah?"
"Ada temuduga ke untuk dapat anugerah sedemikian?"
"Siapa penerima anugerah di UNIKL Business School?"
(kampus Atin sendiri kan. Yang ini wajib kena tahu)

imt

Oleh itu, Atin mengambil inisiatif untuk memburu penerima-penerima anugerah untuk Konvokesyen UNIKL yang ke-13. Pertama sekali, Atin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang menolong Atin dalam misi pencarian penerima anugerah ini. Terima kasih kepada keenam-enam penerima anugerah pada konvokesyen UNIKL tempoh hari yang sanggup meluangkan masa untuk berkongsi serba sedikit tentang diri mereka. Semoga anda semua mendapat inspirasi daripada kisah-kisah yang mereka telah kongsikan bersama. 

I will save the best for the last one. Hehe. WAJIB baca entri ini sehingga habis. Rugi tak baca kerana kisah mereka ini sangat memberi inspirasi kepada kita semua.

Penerima anugerah yang pertama ini sangatlah istimewa kerana graduan ini belajar di kampus sama seperti Atin iaitu UNIKL Business School. Di sebalik kisah yang dia ceritakan kepada Atin, Atin sangat kagum dengan dia. Semangat belajar yang dia miliki. Penerima anugerah ini turut menyatakan dia tidak mempunyai tips yang hebat untuk dikongsi cuma dia study smart dan bukan study hard. Salah satu taktik yang seringkali digunakan ialah meraih sebanyak mungkin markah untuk coursework (yang ini Atin pun amalkan. Hee). Sentiasa berusaha, berdoa serta bertawakal. Selain itu, berkahwin pada usia yang muda dan ketika masih belajar tidak menghalang Wan Arina daripada meraih keputusan yang cemerlang. Atin kagum dengan time management senior ini. Hee. Dia juga yakin dan percaya kita boleh buat sesuatu di luar jangkaan atau culture kita. Jadikan cinta yang halal sebagai penguat kita untuk berjaya.

WAN ARINA BINTI WAN IBRAHIM
BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION IN MANAGEMENT AND ENTREPRENEURSHIP (HONS)
UNIKL BUSINESS SCHOOL
PENERIMA PRESIDENT'S AWARD
CGPA: 3.88  

TIPS SECARA KESELURUHAN
1. Jaga solat. Rebut peluang yang ada untuk solat berjemaah, walaupun di surau YS. Ajak kawan solat berjemaah sekali.
2. Banyakkan berdoa. Setiap hari berdoa agar Allah mudahkan urusan belajar, lembutkan hati pensyarah terhadap kita dan dapat tamatkan pengajian dengan cemerlang.
3. Baca al-Quran. Hati kita akan terang dan ilmu mudah diterima serta difahami.
4. Jaga hubungan dengan Allah, keluarga, kawan-kawan, haiwan. Bantu kawan, berkongsi ilmu dengan orang lain. Lagi banyak kita ajar orang lain, lagi kita ingat.

TIPS BELAJAR
1. Fahamkan apa yang dipelajari pada hari yang sama di dalam kelas. Sekiranya ada perkara yang tidak difahami atau ada sebarang kemusykilan, tanya pensyarah pada hari itu juga. Kalau malu nak tanya di dalam kelas atau depan orang ramai, tanya selepas habis kelas.
2. Buat assignment dengan bersungguh-sungguh dan mulakan lebih awal (jangan tangguh-tangguh). Dari segi pengalaman sendiri, banyak yang dipelajari melalui assignments daripada lecture di kelas.
3. Rajinkan diri untuk berjumpa pensyarah. Bincang assignment, topik yang kurang difahami di dalam kelas boleh rujuk kepada pensyarah. Bina hubungan yang baik dengan pensyarah.

TIPS PEPERIKSAAN
1. Doa sepanjang musim peperiksaan sehingga sudah mendapat keputusan supaya Allah terangkan hati kita untuk menjawab soalan. Bukakan mata dan hati kita; berikan kita pelbagai idea untuk menjawab soalan; ingat kembali apa yang sudah dipelajari; lembutkan, tenangkan, gembirakan hati pensyarah ketika menanda kertas jawapan kita. Doakan untuk kita dan kawan-kawan juga.
2. Tidur awal dan bangun awal. Kalau sudah mengantuk sangat, tidur saja terlebih dahulu kemudian bangun untuk sambung belajar. Bangun ketika 3 pagi merupakan waktu kegemaran saya untuk menelaah ilmu. 
3. Mind map yang serba warna-warni (untuk buat nota) menjadi kegemaran kerana mengikut pakar motivasi: otak kita lebih senang serap informasi sekiranya berwarna-warni.
4. Buat solat taubat dan hajat.
5. Minta ibu bapa doakan kita. Minta ibu bapa sedekahkan Surah Al-Insyirah sepanjang musim peperiksaan. Jadi, bagi jadual peperiksaan kita dekat ibu bapa.

TIPS TEMUDUGA
1. Tiada temuduga untuk penerima President's Award.
2. Internship interview: Be confident, dress up professionally, selidik terlebih dahulu tentang syarikat yang dimohon

PLANNING GOALS FOR THE FUTURE
1. Set up an event management company, specializing in holding seminars and courses. Event pertama : 5 November ini. Doakan yang terbaik dan semoga event tersebut berjaya ya!

NAJAA NAZIHAH BINTI OTHMAN
BACHELOR OF CLINICAL LABORATORY SCIENCE (HONOURS)
UNIKL MESTECH
PENERIMA PRESIDENT'S AWARD
CGPA: 3.76


1. MOTIVASI BELAJAR
Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam dalam menuntut ilmu. Pastikan kita belajar secara konsisten. Tidak mengapa walaupun sedikit yang penting berterusan! Selain itu, pastikan waktu kelas kita betul-betul faham. Sekiranya kurang faham, cari inisiatif seperti consult dengan pensyarah atau tanya kawan-kawan yang lebih faham. Buat study group, belajar sama-sama tetapi sebelum itu kita mestilah belajar sendiri terlebih dahulu (untuk memahami subjek yang dipelajari agar memudahkan proses pembelajaran secara berkumpulan).

2. TIPS BELAJAR
Weekdays digunakan untuk menyiapkan semua assignments yang telah diberikan manakala waktu hujung minggu pula dimanfaatkan untuk 'recall' atau 'refresh' kembali apa yang telah dipelajari dalam kelas. Jangan belajar memanjang tanpa rehat! Pastikan kita berehat seketika (menonton cerita/ mendengar muzik/berbual dengan rakan) untuk tenangkan minda.

Buat soalan sendiri berdasarkan 'learning objectives' yang selalu ada dekat muka surat hadapan lecture notes. Selain itu, kita juga boleh mencari soalan-soalan yang berkait dengan topik yang telah dipelajari di internet atau menjawab soalan daripada buku rujukan.

Apa yang paling penting ialah pastikan kita mempunyai masa untuk diri sendiri. Contohnya, masa untuk membeli-belah, menonton wayang, jogging dan sebagainya.

3. LONG TERM GOALS
Untuk 'future planning', saya berharap dapat bekerja dan menimba pengalaman dalam bidang yang diceburi sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dan PhD. Selepas itu, saya ingin menceburkan diri dalam bidang akademik sebagai pensyarah dan penyelidik pada masa yang sama di universiti tempatan. Tambahan lagi, saya berminat untuk menjadi seorang pendidik kerana ia boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada amalan ibadah.

4. TIPS TEMUDUGA
Untuk President's Award, tiada temuduga yang dilangsungkan. Hanya ada temuduga untuk menentukan penerima Chancellor's Award dan Council's Award. Dua anugerah ini merupakan antara pencapaian yang tertinggi untuk UNIKL. Pertama sekali, admin atau staff dari setiap kampus UNIKL yang akan pilih calon penerima anugerah berdasarkan sumbangan dalam akademik (Dean's List - jaga pointer awak) dan ko-kurikulum.

Soalan yang ditanya ketika interview:
a. Pengalaman dalam memasuki events di kampus dan berikan komen tentang kampus anda (ceritakan kekurangan kampus dengan cara yang sopan dan selitkan sedikit kebaikan)
b. Anda rasa pendidikan pada zaman kini cukup sebagai persediaan remaja untuk menjalani kehidupan di universiti?

5. INSPIRASI/ROLE MODEL
Diri sendiri. Saya ingin mencari kepuasan untuk diri sendiri kerana saya tidak mendapat keputusan yang cemerlang ketika peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM. Saya lakukan semua ini demi mak dan ayah saya dan ingin banggakan mereka. Saya berpuas hati kerana dapat membawa ibu bapa saya melalui VIP Lane untuk memasuki dewan, dapat duduk dekat reserved seat dan makan tengah hari bersama Tengku Mahkota Pahang, Chancellor of UNIKL serta UNIKL representatives (Deans). Alhamdulillah segala pengorbanan dan penat lelah selama ini terbayar.



MOHD NIZAR BIN AHMAD NADZRI
DIPLOMA OF ENGINEERING TECHNOLOGY IN SHIP DESIGN
UNIKL MIMET
PENERIMA PRESIDENT'S AWARD
CGPA : 3.96

Nizar (kanan) bersama rakannya
1. MOTIVASI BELAJAR
Mengubah hidup ke arah lebih baik dengan mencari ilmu dan mengamalkannya dalam pekerjaan dan kehidupan.

2. TIPS BELAJAR
Fahami konsep, sentiasa dapatkan gambaran besar berkenaan sesuatu topik. Kaitkan dengan kehidupan sebenar.

3. SHORT TERM & LONG TERM GOALS
Short term goal : Mencapai tahap kemahiran yang baik dalam bidang yang diceburi. 
Long term goal : Memulakan perniagaan berkonsepkan teknologi dalam bidang perkapalan.

4. TIPS TEMUDUGA
Jujur dan perlu yakin dengan pandangan dan kenyataan yang diberi.

5. INSPIRASI/ROLE MODEL
Nabi Muhammad S.A.W dan bapa, Ahmad Nadzri bin Zakaria.


Mari kita lihat penerima anugerah yang keempat pula. Atin kagum dengan semangat belajarnya yang tidak putus asa. Ternyata dia telah berjaya merealisasikan salah satu impian untuk belajar di University of Queensland, Australia. Jom lihat kisah Aneesa ini.

NUR ANEESA BINTI ABDUL HALIM
DIPLOMA IN CHEMICAL ENGINEERING TECHNOLOGY (PROCESS)
UNIKL MICET
PENERIMA PRESIDENT'S AWARD
CGPA : 3.99

1. MOTIVATION DALAM BELAJAR
Sikap positif! Satu perkara yang kawan Neesa selalu ingat tentang Neesa adalah Neesa selalu POSITIF. Teringat kembali suatu ketika dahulu ada satu subjek ini yang sememangnya susah dan Neesa menjerit depan bangunan akademik:

I'll get full mark for this subject's Test 2 - Neesa
Alhamdulillah dapat markah penuh! Salah seorang senior Neesa, Muzammil Idris Presiden USRC 2014-2015 juga menyatakan bahawa subjek tersebut TIDAK PERNAH LAGI SESIAPA YANG DAPAT GRED A. 
I said to him (Muzammil) that I'll get it and finally, I'm the only one in my batch who get it. - Neesa
Ibu Neesa turut menyatakan yang Neesa seorang 'fighter':
I'm a fighter! I'll fight to strive infinite excellence for myself - Neesa
Motivasi yang betul-betul mendorong Neesa untuk dapatkan 'almost perfect score' dalam akademik adalah disebabkan tanggapan orang tentang diri Neesa suatu ketika dahulu (sekolah menengah). Apabila seseorang mengatakan:
Wah, orang rajin pun tak dapat straight A's. Boleh slack satu subjek.  
Kerana orang sebeginilah, Neesa berkata kepada diri sendiri yang Neesa akan buktikan kepada mereka bahawa 'hard works never betray you'. Melalui dugaan sebegitu ketika berada di alam persekolahan membuatkan Neesa meneruskan perjuangan di alam universiti iaitu 'study hard and smart'!

2. TIPS BELAJAR
Tips belajar yang Neesa selalu amalkan dikongsikan dalam blog Neesa ---->  STUDY TIPS NEESA
Dari perspektif Neesa sendiri, fokus 100% di dalam kelas adalah yang paling penting. Berada di hadapan dan tengah-tengah kelas merupakan 'favorite spot' Neesa kerana Neesa seorang yang berpersonaliti Visual. Kebiasaannya, pensyarah akan menekankan nota-nota penting yang harus diberi perhatian dan 'hint' exam. Hanya orang yang teliti mendengar akan dapat kenalpasti points yang penting itu.

Hormati pensyarah merupakan tips kedua yang Neesa selalu tekankan kepada juniors dan kawan-kawan. Neesa sendiri sangat menjaga hubungan dengan pensyarah-pensyarah. Disebabkan itulah Neesa sangat rapat dengan pensyarah-pensyarah ibarat keluarga sendiri.

3. 'SHORT TERM & LONG TERM GOALS'
InshaaAllah pada Februari tahun hadapan, Neesa akan menyambung pengajian dalam Bachelor of Engineering Honours (Chemical) di University of Queensland, Australia. Untuk 'short term goals' Neesa, sudah semestinya untuk mengekalkan kecemerlangan dalam akademik dan mengasah 'soft skills' (untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus pada masa akan datang). Harapan Neesa ialah Neesa dapat berkomunikasi secara efektif dalam beberapa tahun yang akan datang. Kerana tanpa 'soft skills', 'good grade' yang anda peroleh tidak memberikan apa-apa makna.

Untuk 'long term goals' pula, Neesa mengharapkan pada umur 25 tahun yang Neesa akan dapat pekerjaan di dalam industri kimia dan menimba pengalaman yang serba baru. Selain itu, Neesa ingin mencuba pula dalam bidang pengurusan (management) atau pendidikan (education). Neesa dapat rasakan semangat untuk menyumbang kepada negara dan mendidik anak bangsa. InshaaAllah UNIKL Micet? Hehe. Tiada 'long term goals' yang spesifik tetapi Neesa berharap segalanya akan berjalan dengan lancar.
Dare to dream : Honestly, 5 years ago I have a dream to pursue my study in University of Queensland (which apparently I made it!), so why not dreaming of getting those long term goals too, right? - Neesa
4. TIPS TEMUDUGA UNTUK RAIH ANUGERAH
Seperti mana yang Neesa sebutkan sebelum ini, Neesa berjaya meraih 'President's Award'. 'President's Award ini merupakan anugerah yang diberikan kepada pelajar yang mempunyai CGPA tertinggi untuk sesebuah kampus. Anugerah ini tidak perlu melalui mana-mana temuduga. Untuk meraih 'Chancellor's Award' dan 'Council's Award', calon-calon perlu melalui proses temuduga. Neesa melalui proses temuduga tersebut bersama rakan-rakan iaitu Siti Sarah Shamsul Anuar (Penerima Chancellor's Award) dan Ahmad Afiq bin Ahmad Zaki (Penerima Council's Award- Diploma) 

Tips Keseluruhan
a. Chancellor's Award (Overall outstanding achievement) - Seorang penerima mewakili semua graduan UNIKL
b. Council's Award (Overall outstanding achievement) - Seorang penerima mewakili semua graduan Diploma UNIKL, Seorang penerima mewakili semua graduan Degree UNIKL.
c. President's Award (Academic outstanding achievement) - Dua penerima bagi setiap kampus: Seorang penerima Diploma, Seorang penerima Degree.

Soalan yang seringkali ditanya untuk temuduga:
1. Pengalaman belajar di UNIKL
2. Future?
3. Any complaint?

Soalan-soalan yang diajukan bertujuan untuk melihat personaliti anda dan cara anda memperkenalkan diri anda kepada orang lain. Situasi ini sama seperti temuduga kerja: 'selling points' kita untuk menjadikan mereka memilih kita sebagai pekerja. Hasil daripada temuduga tersebut, Neesa dapati Neesa tidak mempunyai sebarang 'entrepreneur skills' dan kemahiran unik yang lain untuk dimasukkan ke dalam profil Neesa. Neesa mungkin meraih gred yang cemerlang tapi kosong dari segi keunikan diri. Anda tahu kan sekarang betapa pentingnya 'soft skills'?

5. INSPIRASI/ ROLE MODEL
Neesa tidak mempunyai role model yang spesifik untuk berjaya dalam hidup akan tetapi Neesa mempunyai 'intrinsic motivation'. 

Intrinsic Motivation: It's about having a personal desire to overcome challenge, to produce high-quality work. - Neesa

Seniors dan kawan-kawan boleh dikatakan sebagai role model Neesa. 20% daripada kejayaan Neesa dibantu oleh seniors : Azri Jufri, Ihsan Chin, Muzammil, Zahidah, Zarif Anuar dan ramai lagi. Neesa sangat teruja dengan kecemerlangan mereka dari segi akademik dan aktiviti ko-kurikulum. (Ihsan Chin: President's Award recipient in 2015, Zahidah Shariff: President's & Chancellor's Award recipient both in 2008 and 2011). 

'Networking' memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan hidup Neesa. 'Networking with friends and seniors' memberi inspirasi kepada Neesa untuk lebih bermotivasi dalam bidang akademik dan 'soft skills'.

President's Award Recipients : Nur Aneesa and Hafizi
Dari kiri: Aneesa, Siti Sarah, Ahmad Afiq
Family of Special Award recipients - 13th Unikl Convocation ! Tak semua ada :(
Mari kita lihat pula kisah Ahmad Afiq - penerima Council's Award dan President's Award.

AHMAD AFIQ BIN AHMAD ZAKI
DIPLOMA OF ENGINEERING TECHNOLOGY IN ELECTROMECHANICAL INSTALLATION AND MAINTENANCE
UNIKL MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE
PENERIMA COUNCIL'S AWARD DAN PRESIDENT'S AWARD
CGPA : 3.89


1. MOTIVATION
To be honest, most of my motivations came from previous failures. Why "failures" with S? Because a lot. A lot of failures in my past experience. The urge to not letting down your parent again push me every single day to do the best. It is a long story and rather personal. The point is that I just don't want to let my mother down again. *She alone raised six of my siblings. ALONE*. So I think you could understand the reason why I put my mother as first priority. She once told me that "I don't have any money to give to all of you once I'm gone, but knowledge can be a powerful fortune for those who wish to find it. A bit of formal form of motivation would be." We would never be perfect, but it is not wrong to seek for perfection. By the way, I don't mind if you want to share the story of my family as I believe it could be the lesson for people out there to never use such reason as family instability to let down your studies.

2. STUDY TIPS
Oh my, this is not a question that I fond of. Haha. Basically, I'm just like everyone out there minus that I'm a slow learner. True. I'm not lying. I need to do a lot of extra exercises just to understand one thing. Quite lame actually. But hey, everything need sacrifices right? So I had to wake up at 4am in the morning everyday to study. It would be a great time for you to remember anything if you wake up early in the morning. Apart from that, always and always respect your lecturers, be on time and always respect knowledge no matter how small it is. If you understand the idea of respecting knowledge, it gives us berkat. Berkat is very vital!

3. SHORT & LONG TERM GOALS
Right now I'm pursuing my degree in Applied Electronics and InshaaAllah I will further my master and doctorate. I don't really emphasizing on goal as I believe when you do your best for everything that you are doing right now, the goals will eventually come to you. Professionally, I wish to be an electrical engineer and currently I have an electrical company operating both in Penang and Johor. If God willing, I would like to expand my business to become PLT and Sdn Bhd subsequently.

4. INTERVIEW TIPS
Just be yourself. The interviewers don't really care what's on the paper. What they really want to see is the ability of you to communicate with others. They want to see if you are aware of current condition, current issues and what not. Don't fake yourself and don't be too cocky. Just follow the flow. As we are the UNIKL students, during the interview, they would be happy to listen if you have business or something related to it. You know, we are technopreneur university right. Other than that, if you have some extraordinary type of contribution or what not, tell them! The rest, nothing much different.

5. INSPIRATION/ROLE MODEL
Sultan Al Fateh and my mother.



Anugerah tertinggi untuk konvokesyen UNIKL ialah Chancellor's Award. Anugerah tersebut dinobatkan kepada Siti Sarah binti Shamsul Anuar dari UNIKL MIIT. Ingin tahu tips belajar, motivasi serta tips temuduga beliau? Sila baca profil di bawah ini.

SITI SARAH BINTI SHAMSUL ANUAR
DIPLOMA IN MULTIMEDIA
UNIKL MIIT
PENERIMA CHANCELLOR'S AWARD DAN PRESIDENT'S AWARD (DIPLOMA)
CGPA: 3.91


1. MOTIVATION
My main motivation when it comes to studying must be my parents – Prof. Dr. Shamsul Anuar and Mrs. Masurah binti Jamil. They always remind me not to study for grades, but to grasp as much knowledge as I can. Plus, I personally love to study. I love learning new things and gaining knowledge. I never assume studying as a millstone but instead, it's a process to develop my skills.

2. STUDY TIPS
I don't have specific study tips. How I study might not work for others. So, my tips is: find a study technique that suits you. Do not simply follow how other people study just because it works for them. Whether you enjoy studying alone or in a group, at night or during the day, with or without background music – it all depends on you.

My second tips is: do things wholeheartedly. Put your heart into your work. If you are ambitious and you want to achieve something, be ready to work hard for it. It is okay to fail sometimes as you get to learn from your mistakes and improve. You need to gather strength and keep on trying until you achieve your goals.

3. SHORT TERM & LONG TERM GOALS
I am currently pursuing a Bachelor's Degree in Software Engineering at UNIKL MIIT. Throughout my degree years, I would love to participate in many more national and international level research and innovation competitions and conferences. I also would love to be involved in entrepreneurial, leadership and social activities on campus.

In early 2017, I would like to initiate my own company (with support from UNIKL and MARA) that works on developing mobile apps for learning Science stream subjects in Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

After graduating my Bachelor's Degree, I plan to pursue my studies in Master's and Doctorate's degree in Computer Science.

4. INTERVIEW TIPS
Before you attend the interview, think of questions that they might ask during the session and prepare for the best answers.

Then, during the interview, be straightforward and say things that they want to hear (but don't lie). And of course, be yourself.

5. INSPIRATION/ROLE MODEL
I am inspired by many people. From random strangers I met on the street to many famous successful people we see on TV. To name some, the people that inspire me are my parents, Prophet Muhammad (pbuh), Malala Yousafzai (human rights advocate and the youngest Noble Prize Laureate), Margaret Hamilton (lead software engineer of the Apollo Project – proves that women can write code too. haha) and others.



PESANAN PENULIS:

Tahniah kepada semua penerima anugerah dan graduan UNIKL.
Moga keenam-enam kisah penerima anugerah di atas ini memberi manfaat kepada semua pelajar UNIKL bahawa walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, dugaan dan kegagalan dalam hidup bukan bermakna kita gagal untuk selamanya.
Terus bangkit dan jadikan kisah hidup anda sebagai inspirasi kejayaan kepada orang lain.

Please feel free to share this blog entry.
Selamat memburu anugerah kepada semua pelajar UNIKL!

Remember:
Be Inspired
Be Unique
Be Yourself

"Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did, so throw off the bowlines, sail away from safe harbor, catch the trade winds in your sails. Explore, Dream, Discover." – Mark Twain

Sincerely,
Nur Fatin Syazana Mohd Redzuan
Student Ambassador UNIKL Business School
syazaredzu2016. Powered by Blogger.